Header Ads

Mahkamah benar Ahmad Zahid diikat jamin RM2 juta


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan dengan jaminan RM2 juta setelah beliau mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram.

Loading...
Hakim Azura Alwi juga membenarkan jaminan tersebut dibayar secara ansuran iaitu RM1 juta dibayar hari ini dan baki setengah juta lagi diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Beliau turut memerintahkan bekas timbalan perdana menteri itu menyerahkan pasport sebagai syarat jaminan.
Sebutan kes kemudian ditetapkan pada 14 Disember ini. - Malaysiakini

No comments

Loading...