Header Ads

Lelaki larikan diri dari lokap polis


Seorang tahanan reman berkaitan kes dadah melarikan diri dari lokap Balai Polis Taiping, malam semalam.
Dalam kejadian 7.30 malam itu, lelaki berusia 37 tahun terbabit bertindak keluar ketika seorang anggota polis membuka pintu utama lokap bagi membolehkan pembekal makanan memasuki kawasan itu untuk membekalkan makanan.

Loading...

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Taib berkata ketika kejadian, tiga anggota polis ditugaskan untuk mengawal lokap.
“Tahanan itu melarikan diri ke arah parkir bengkel kenderaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini dan memanjat pagar balai lalu melarikan diri.


“Anggota bertugas cuba mengejar, namun gagal menangkap tahanan itu,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohamad berkata semasa melarikan diri tahanan itu tidak bergari dan memakai seluar berwarna ungu serta tidak berbaju.
Katanya tahanan itu yang beralamat terakhir di Taman Desa Jaya, Kamunting ditangkap atas kesalahan berkaitan dadah dua hari lepas, dan dia mempunyai 11 rekod lampau berkaitan dadah.
Beliau berkata pihaknya sedang giat mengesan tahanan itu termasuk menggunakan khidmat Unit Pengesan K9 dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Beliau berkata orang awam yang terserempak atau mempunyai maklumat mengenai tahanan itu diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Taiping di talian 05-8080222.
-Bernama

No comments

Loading...