Program yang berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan Utama PH di PD Waterfront itu menampilkan barisan pimpinan tertinggi berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Kosmo! Online.

Loading...
Mereka ialah Pengerusi PH yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Majlis bermula dengan bacaan doa sebelum Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah menyampaikan ucapan aluan selaku pengerusi jawatankuasa pelaksanaan program itu.
PRK bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon PH, Pas dan lima calon Bebas.
PH diwakili Anwar yang juga Ketua Umum PKR, 71, manakala calon Pas ialah Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazri Mokhtar, 57.
Sementara dua calon Bebas terdiri daripada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33.
Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).