Header Ads

Kubur CEO Cradle Fund digali semula hari ini

Pasukan polis tiba ke Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara bagi melakukan penggalian semula ke atas kubur Nazrin. - Foto Kosmo!

Peguam kepada isteri Allahyarham Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd, Nazrin Hassan tiba ke tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara di sini hari ini.

Peguam tersebut, LS Leonard yang mewakili Samirah Muzaffar dilihat tiba kira-kira pukul 9.30 pagi itu adalah untuk menyaksikan proses penggalian semula kubur Nazrin yang difahamkan sedang berlangsung ketika ini.


Loading...
Namun begitu, Leonard enggan untuk memberi sebarang komen kepada pihak media ketika ditemui di luar kawasan perkuburan.

Menurut laporan Kosmo! lagi, turut dilihat memasuki ke kawasan perkuburan ialah beberapa ahli keluarga Allahyarham.

Terdahulu, pasukan forensik polis tiba ke Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara dekat sini pada pukul 8.30 pagi ini untuk melakukan penggalian semula kubur di mana jenazah Nazrin dikebumikan.

Kosmo! Online pada 2 Oktober lalu melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, permohonan untuk menggali kubur jenazah Nazrin dibuat pegawai penyiasat kes tersebut.

Susulan daripada itu, Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula bagi tujuan bedah siasat kali kedua.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin maut dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, di sini, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

No comments

Loading...