Header Ads

Kronologi pertuduhan ke atas Rosmah Mansor

Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

KUALA LUMPUR - Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadapi 17 pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM7 juta.

Maklumat di mahkamah hari ini mendapati kes Rosmah, 66, akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.


Loading...

Rosmah akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.



Ikuti kronologi pertuduhan ke atas Rosmah:

8.27 pagi

Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta menaiki kenderaan khas SPRM.

Beliau diiringi pegawai SPRM manakala barisan peguambela sudah menunggu di lobi mahkamah.

Mereka berjalan ke tingkat dua sayap kiri bangunan untuk ke kamar Mahkamah Sesyen 9.

9.17 pagi

Kes dimulakan dihadapan hakim Azura Alwi. Rosmah memakai baju dan tudung oren kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram memakumkan sebanyak 17 pertuduhan bagi kesalahan pengubahan wang haram akan dibacakan terhadap Rosmah.

9.19 pagi

Pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa. Rosmah diminta berdiri sepanjang pertuduhan dibacakan.

9.40 pagi

Pertuduhan selesai dibacakan. Rosmah mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kesemua pertuduhan.

9.41 pagi

Timbalan Pendakwa Raya

Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Faizal Hasan Bahrin

Barisan Peguam

Datuk K Kumaraendran, Datuk Geethan Ram Vincent, Iskandar Shah Ibrahim

Turut sama barisan peguam pemerhati dari Bar Council dan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak.

9.41 pagi

Gopal membantah jaminan ke atas Rosmah.

Gopal cadang jaminan RM10 juta

Gopal turut memohon beberapa syarat tambahan

Menyerahkan pasport kepada mahkamah

Dilarang menghubungi semua saksi pendakwaan

9.45 pagi

Peguam Rosmah, Geethan Ram memohon jaminan diberikan. Beliau memohon mahkamah mengambil kira konsep jaminan untuk menjamin kehadiran tertuduh di mahkamah.

Beliau pohon mahkamah tetapkan jaminan munasabah.

Geethan berkata tertuduh bersetuju untuk serah pasport dan telah beri kerjasama sepanjang siasatan serta tiga kali hadir ke SPRM walaupun notis singkat diberikan.

Katanya lagi Rosmah telah disekat untuk ke luar negara sejak Mei 2018.

Oleh itu beliau memohon jumlah jaminan sebanyak RM250,000.

9.59 pagi

Gopal Sri Ram dari pihak pendakwaan membalas hujahan. Beliau menyifatkan jumlah jaminan yang dipohon peguam Rosmah terlalu rendah dan secara sinis berkata pihak pendakwaan wajar meminta jaminan sebanyak RM1.

10.05 pagi

Geethan berkata jumlah RM250,000 sangat memadai kerana jumlah amaun terlibat dalam kesemua kes hanya sebanyak RM7 juta.

10.20 pagi

Hakim Azura Alwi berkata jumlah ditawarkan pihak pendakwaan terlalu tinggi dan jumlah dipohon pembelaan terlalu rendah.

Mahkamah seterusnya menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin serta pasport diarah diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh juga dilarang mengganggu saksi.

Peguam Rosmah memohon bayaran jaminan diselesaikan secara ansuran dan perkara itu tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.

10.24 pagi

Mahkamah membenarkan permohonan bayaran jamjnan secara ansuran. Wang jaminan sebanyak RM500 ribu akan dibayar hari ini dan bakinya sebelum 11 Oktober

10.27  pagi

Mahkamah menetapkan kes akan disebut semula pada 8 November 2018.

- Sinar Harian

No comments

Loading...