Header Ads

Keterangan palsu: SU Sulit MB Perlis didakwa

Datuk Seri Azlan Man - Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR – Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas tuduhan memberi keterangan palsu berkaitan seorang wanita didakwa mengedar dadah, Jun lalu.

Herwadey Hashim, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Dia didakwa memberi atau mereka-reka keterangan palsu dengan maksud hendak menyebabkan Sarina Kasim, 34, yang bekerja di sebuah syarikat swasta disabitkan atas satu kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum gantung sampai mati.

Loading...

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang Jaya, di sini pada 11.30 pagi, 29 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 194 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sekiranya seseorang yang tidak bersalah disabitkan dan dibunuh disebabkan keterangan palsu itu, maka orang yang memberi keterangan palsu itu hendaklah diseksa sama ada dengan bunuh atau seksaan yang tersebut dahulu ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan di bawah Seksyen itu tidak boleh dijamin selain  kesalahan itu adalah serius.

Bagaimanapun, Herwadey yang diwakili peguam Jamil Mohamed Shafie memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya seorang penjawat awam iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Perlis dan perlu menanggung empat anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat dilarang mengganggu mangsa, saksi pendakwaan dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut menetapkan 15 November ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

No comments

Loading...