Header Ads

Kes keahlian tercicir, PPBM negeri distruktur semula


KULAI, 21 Okt  — Penstrukturan semula pentadbiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sedang giat dijalankan di beberapa negeri termasuk Johor adalah sebagai usaha memperkasakan parti, kata Setiausaha Agungnya Datuk Marzuki Yahya.

Beliau berkata usaha itu dilakukan demi kelangsungan parti untuk meneruskan perjuangan terutama dalam memperkasakan orang Melayu.


Loading...
“Kami menghadapi masalah yang besar sebelum ini yang mana parti kami telah dibubarkan sementara sebelum pilihan raya umum lepas.

“Kesannya, kami  menghadapi banyak masalah dalaman terutamanya masalah keahlian yang tercicir,” katanya kepada pemberita selepas sesi suai kenal bersama anggota Bersatu Johor, di sini, semalam. Turut hadir  Menteri Besar Datuk Osman Sapian.

Pada majlis itu, Marzuki turut mengumumkan pelantikan Osman sebagai pengerusi Bersatu Johor dan ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam.

Dalam pada itu, beliau berkata Bersatu baharu sahaja menubuhkan jawatankuasa lembaga disiplin dan bermesyuarat pada minggu lepas untuk selesaikan masalah dalaman parti bagi memastikan perjalanan parti lancar. — Bernama

No comments

Loading...