Header Ads

Kes bunuh kucing: Polis tahan reman seorang lagi suspek


Seorang lagi suspek berhubung kes penderaan seekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering pakaian dan dijumpai mati di sebuah kedai dobi layan diri di Taman Gombak Ria, Batu Caves, ditahan reman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Selayang di Kuala Lumpur.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 41 tahun itu sehingga Khamis ini bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh kucing itu.

Loading...


Siasatan terhadap lelaki yang merupakan pekerja kontrak itu dilakukan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan membunuh binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu,suspek yang diwakili peguam Rajasurian Pillai masuk ke dalam bilik reman jam 10.15 pagi dan diiringi anggota polis dan keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Difahamkan, polis menahan suspek di Seri Kembangan malam tadi selepas melarikan diri hampir sebulan selepas kejadian itu.

Pada 21 Sept lalu, dua rakannya, A Mohanraj, 41, pemandu teksi dan rakannya, SS Satthiya, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan kejam menyebabkan penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap haiwan itu.

- Bernama

No comments

Loading...