Header Ads

Kenapa Ahmad Zahid disiasat SPRM?

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir semula ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dilakukan selepas dipercayai wujud unsur salah guna kuasa dan pecah amanah (CBT) membabitkan dana sebuah yayasan yang dikaitkan dengannya.

Sumber SPRM, memberitahu siasatan ke atas Ahmad Zahid dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan pegawai badan awam, lapor BH Online hari ini.

Loading...

“Siasatan dibuat susulan dakwaan berlaku salah guna kuasa dan CBT membabitkan dana milik yayasan itu,” kata sumber.

Susulan itu, SPRM sekali lagi memanggil Ahmad Zahid semalam dan hari ini untuk membantu siasatan selepas memanggil bekas timbalan perdana menteri itu untuk siasatan kes sama pada awal Julai lalu.

Semalam, SPRM turut memanggil anak perempuan Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, untuk diambil keterangan mereka berhubung perkara itu.

Hari ini, SPRM turut memanggil menantu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff untuk diambil keterangannya pula.

No comments

Loading...