Header Ads

Kastam pasang pengimbas x-ray untuk kesan VIP seludup duit

Anthony Loke Siew Fook

Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen akan ditempatkan di luar bilik menunggu khas orang kenamaan atau VIP bagi menangani kegiatan haram, termasuk penyeludupan wang.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata ketika ini langkah untuk menempatkan pegawai daripada dua agensi penguat kuasa itu tidak dilakukan, sekali gus mengundang risiko penyeludupan.

“Kita ketahui ada kelemahan laluan VIP, justeru kita minta untuk mendapat kerjasama dengan agensi lain seperti imigresen dan kastam, selain Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mengetatkan langkah keselamatan.

Loading...

“Kalau sebelum ini apa-apa urusan di bilik menunggu khas diuruskan pegawai pengiring, kini kita letakkan anggota kastam dan imigresen di laluan keluar orang kenamaan.

“Mesin pengimbas juga diletakkan di laluan keluar supaya sebarang kegiatan penyeludupan, termasuk membabitkan wang yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang,” katanya demikian ketika menjawab soalan tambahan Pang Hok Liong (PH DAP-Labis).

Memetik laporan Berita Harian lagi, Kementerian Pengangkutan, pada 4 September lalu telah mengarahkan MAHB supaya mengetatkan pemeriksaan di laluan orang kenamaan di semua lapangan terbang.

Ia berikutan kelonggaran penguatkuasaan dan pemeriksaan terhadap pesawat persendirian membawa golongan kenamaan, pegawai tinggi kerajaan atau individu dikaitkan dengan mereka.

Ia diburukkan lagi apabila mesin pengimbas di laluan keluar lapangan terbang jarang diguna untuk memeriksa bagasi atau barangan dibawa penumpang pesawat atau jet persendirian terbabit sehingga wang jutaan ringgit mampu diseludup keluar atau masuk tanpa pemeriksaan rapi.

Dipercayai, modus operandi itu juga diguna untuk membawa masuk RM49 juta (AS$12 juta) dari luar negara pada April lalu oleh sebuah agensi ada kaitan dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika pentadbiran terdahulu untuk tujuan politik termasuk bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

No comments

Loading...