Header Ads

'Kalau tak guna duit rakyat untuk beli Bijan, Hermes dan cincin berlian, pendidikan percuma boleh kita kecapi' - Dr Maszlee


Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini membalas sindiran Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu pendidikan percuma di negara ini.

Najib sebelum ini menempelak Maszlee berkenaan isu pendidikan 'hampir percuma', hari ini giliran pemimpin BERSATU itu pula membalasnya.

Loading...


"Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli Bijan, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi," kata Dr Maszlee di Facebook miliknya hari ini.



Beliau juga mendakwa RM42 bilion yang 'ditelan' 1MDB yang diilhamkan Najib itu boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga universiti ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar selama empat tahun.

"RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman." kata Dr Maszlee sebagai menjawab sindiran Najib semalam. - Malaysian Update

No comments

Loading...