Header Ads

“Kalau Makan Rasuah Dan Bersekongkol, Bala Turun Ke Tak?,” Syed Saddiq Balas Kenyataan Zahid


Adakah bala akan menimpa pengamal rasuah dan pihak bersekongkol dengan pihak yang mencuri wang rakyat, tanya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
“Kalau makan rasuah dan bersekongkol dengan mereka yang mencuri duit rakyat macam mana pula? Bala turun ke tak?

Loading...
“Di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dah 12 orang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM). Dalam UMNO saja dah terlalu banyak sampai dah hilang kiraan.


“Tak pula saya dengar bala akan turun kerana pencuri,” katanya menempelak kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi laman Twitternya, lapor BH Online.

Ahli Parlimen Muar itu membalas kenyataan Ahmad Zahid mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda bandar Palu di Sulawesi, Indonesia, baru-baru ini adalah berpunca daripada pembabitan sesetengah masyarakat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan trangender (LGBT).
Menurut dakwaan Ahmad Zahid, perbuatan kira-kira 1,000 LGBT itu menjadi punca kemurkaan Allah dan beliau mengaitkan perkara itu dengan keadaan di Malaysia dengan berkata, kejadian gempa bumi di kawasan itu adalah petanda Allah menurunkan hukuman-Nya.
“Kita lihat situasi di Malaysia (berhubung isu LGBT) turut mengkhuatirkan, di mana kita tahu kejadian di Palu baru-baru ini apabila ada gempa bumi dan tsunami (kerana LGBT).
“Dikhabarkan, lebih seribu orang di kalangan mereka terbabit dalam kegiatan berkenaan, akibatnya seluruh kawasan diranapkan, ini adalah hukuman Allah,” katanya.
Gempa bumi di Sulawesi berlaku pada 28 September lalu dengan kekuatan 7.4 pada skala Richter, yang mengakibatkan Palu dan Donggala ditimpa tsunami serta terpisah kira-kira 80 kilometer.
Menurut agensi penyelaras bencana Indonesia, sehingga 10 Oktober lalu lebih 2,040 orang terbunuh akibat bencana berkenaan.

No comments

Loading...