Header Ads

Istana Besar Seri Menanti tarik balik darjah kebesaran Najib dan Rosmah


SEREMBAN: Istana Besar Seri Menanti menarik semula pengurniaan darjah kebesaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuat kuasa serta-merta.

Loading...

Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik, berkata penarikan semula itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja'afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) yang memberi gelaran Datuk Seri kepada Rosmah.


Beliau berkata, pembatalan dibuat selepas mesyuarat khas pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat yang diadakan di istana berkenaan, hari ini.
"Pengurniaan SPNS kepada Najib pada 2005 ditarik balik serta-merta mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

"Dalam mesyuarat itu juga memutuskan bahawa pengurniaan SPTJ kepada Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik serta-merta," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pengurniaan SPTJ itu diberikan kepada Rosmah pada 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 November 2006.

Beliau berkata, keputusan itu bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di negeri ini. - BH Online

No comments

Loading...