Header Ads

Harga barang meningkat, TMJ turun padang selami apa yang rakyat lalui

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim beramah mesra bersama rakyat jelata ketika mengunjungi pasar awam Larkin, di Johor Baharu.

Melalui posting di laman Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini dilihat mengunjungi pasar awam Larkin, di Johor Baharu.

Baginda bertitah kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan gambaran jelas berkenaan harga barangan mentah yang dilaporkan semakin meningkat.

Loading...

Menulis di laman Facebook rasminya HRH Crown Prince of Johor, titah baginda, kunjungan itu bertujuan mendapatkan gambaran jelas berkenaan peningkatan harga barangan mentah.

“Saya telah melawat ke Pasar Awam Larkin di Johor bagi mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan harga barangan mentah yang semakin meningkat kerana saya ingin lebih memahami apa yang rakyat sedang lalui pada masa ini.

“Saya ingin membuat kajian bagaimana untuk membantu rakyat dengan mengurangkan harga barangan di pasar-pasar seperti telur, ikan, ayam, daging dan sebagainya,” kata baginda lagi.

Ramai yang merungut harga barangan dan perkhidmatan masih tidak turun-turun sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan pada 1 Jun lalu, malah dikatakan semakin meningkat.

Semasa lawatan itu, Baginda juga dilihat sempat beramah mesra dengan rakyat jelata. - Malaysian Update

No comments

Loading...