Header Ads

Hadi ajak Tun M berforum


PORT DICKSON - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengajak’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai forum bersamanya ketika beliau datang ke Port Dickson, esok.

Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir mendedahkan mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.

“Saya tak jadi masalah (dengan kehadiran Dr Mahathir). Kalau forum dengan perdana menteri lagi bagus,” katanya disusuli ketawa.


Loading...
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Markaz JPP, di sini, petang tadi.

Malah, ‘ajakan’ Ahli Parlimen Marang itu turut disahut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Kita offer (tawarkan) ya, kita offer ya,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah kehadiran Pengerusi PH itu kerana bimbang dengan pengaruh dibawa pemimpin Pas itu, Abdul Hadi mengatakan ia terpulang kepada perasaan Dr Mahathir sendiri.

“Itu terpulang kepada perasaan perdana menteri sendiri,” katanya.

Esok, bukan sahaja Dr Mahathir malah beberapa pemimpin PH termasuk Presiden Amanah, Mohamad Sabu dijangka bakal menyertai Ceramah Mega anjuran PH di Port Dickson.

Penganjuran ceramah itu adalah sebahagian daripada kempen calon PH yang menyertai PRK Parlimen Port Dickson yang menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.

No comments

Loading...