Header Ads

Guan Eng: 'YB boleh tunjukkan di mana saya kata SST akan turunkan harga barang'

Lim Guan Eng - Foto FMT

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) boleh menurunkan harga barangan pengguna.

Dalam sesi Parlimen hari ini, Lim Guang Eng mempertahankan kenyataannya bahawa tiada jaminan harga barang akan turun seleps perlaksanaan SST.

Loading...


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung kesan penggunaan cukai tersebut di Dewan Rakyat hari ini.



“Saya ada sebut banyak kali jika YB boleh tunjuk di mana saya sebut SST akan kurangkan harga tolonglah beri petunjuk pada saya.  Jika tidak jangan sebar fitnah jahat yang tidak berasas ini.” kata Guan Eng.

Dalam rakaman Parlimen tersebut, Guan Eng bagaimanapun terus diganggu oleh ahli parlimen pembangkang daripada meneruskan penjelasan mengenai SST kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Guang Eng dalam pada itu turut menyeru mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti jika beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SST akan turunkan harga barang.

“PRK Port Dickson telah membuktikan sebar fitnah jahat tidak laku lagi.  Rakyat telah beri keputusan. Fitnah adalah perkara lapuk, tak ada modal lagi.  Biar kita tujukan pada fakta dan angka yang sebenar,” kata beliau lagi. - Malaysian Update

No comments

Loading...