Header Ads

Ganggu konvoi VVIP, ejen insurans didenda RM5,000


TAPAH - Gara-gara menghalang tugas polis dengan mengganggu perjalanan VVIP Khamis lalu, seorang ejen insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.


Loading...

Leong yang memandu Toyota Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi VVIP dengan memperlahankan kenderaannya beberapa kali di hadapan konvoi tersebut di KM351 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Batang Padang di sini kira-kira 5.20 petang, 25 Oktober lepas.



Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Leong menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Farahiyah Nadzri manakala tertuduh diwakili Amani Williams Hunt Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. - Bernama

No comments

Loading...