Header Ads

Gadis terpaksa tanggung sakit demi cinta

BIHAR - INDIA. Gara-gara melarikan diri untuk bersama kekasih hati, seorang gadis berusia 18 tahun diikat ke sebatang pokok lalu dibelasah selama berjam-jam di hadapan orang ramai.

Gadis dari sebuah kampung di wilayah Nawada itu mengaku berkenalan dengan pasangannya sejak setahun lebih yang lalu dan nekad untuk berkahwin.


Loading...
Hubungan cinta mereka ditentang keluarga gadis terbabit kerana pemuda itu berasal daripada kasta yang berbeza.

"Dia melarikan diri dari rumah ketika bekalan elektrik terputus di waktu malam.Kami mencarinya di serata tempat, namun gagal," kata bapa gadis itu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, pemuda itu menghubungi keluarga gadis berkenaan dan meminta mereka membawanya pulang.

Sebagai hukuman kerana melarikan diri dan memalukan keluarga, ahli jawatankuasa kampung (Panchayat) bersepakat agar gadis itu diikat ke sebatang pokok dan dipukul dihadapan orang ramai. -NDTV

No comments

Loading...