Header Ads

Dua mayat wanita ditemui dipercayai lemas di Sungai Arau

Anggota polis memeriksa mayat Normah (gambar kecil, kiri) yang ditemui orang awam di Sungai Arau, Kampung Belat Batu, Arau kira-kira pukul 9.30 pagi tadi. - Foto Kosmo!

Dua mayat wanita yang dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan ditemui di Sungai Arau, Kampung Belat Batu di sini oleh orang awam kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, hasil siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa dikenali Norma Pin, 64, dan Norzalina Baharom, 35.

Loading...


"Jarak penemuan kedua-dua mayat itu tidak berjauhan iaitu kira-kira satu kilometer.

"Tiada sebarang kecederaan ditemui pada tubuh kedua-dua mayat itu dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Difahamkan, kedua-dua mangsa lemas di sungai itu.

Alamat kedua-dua mangsa di Taman Seruling, Sungai Petani, Kedah.

Hujan lebat di seluruh Perlis semalam yang menyebabkan kenaikan paras sungai dan arus deras.

Dalam pada itu, kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dekat sini untuk proses bedah siasat. - Kosmo Online

No comments

Loading...