Header Ads

Dr Mahathir tinjau air terjun Langkawi diilhamkannya

Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri melawat air terjun Temurun di Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau keindahan Air Terjun Langkawi yang diilhamkannya dan dibina pada 2003.
Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berada kira-kira 15 minit menikmati keindahan air terjun tersebut.


Loading...
Kerja-kerja pembinaan air terjun berkenaan dilakukan pada 2003 oleh Gerbang Perdana Sdn Bhd.

Pada 2004, air terjun buatan manusia setinggi 66.92 meter itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai air terjun tertinggi buatan manusia di negara ini.

Air terjun ini dibina sebagai satu daripada tarikan pelancong ke pulau legenda itu.

Ia terbahagi kepada tiga aras di mana aras pertama dan kedua dibina di atas terowong jalan manakala aras ketiga pula di atas batu-batan. – BERNAMA

No comments

Loading...