Header Ads

Dr Mahathir temui pelabur, pengurus dana di UK

Dr Mahathir (tengah) ketika melawat pejabat Lotus di London semalam. - Foto Kosmo

LONDON - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menemui pelabur dan pengurus dana British utama di sini pada Ahad malam untuk membincangkan mengenai prospek ekonomi dan pelaburan Malaysia.

Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuklah wakil dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation Ltd, Shell, Jardine Matheson dan Baring Asset Management.

Loading...

Mahathir yang tiba di London pada Sabtu untuk peringkat kedua lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK), akan mengakhiri lawatannya pada Isnin selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Masa Depan Demokrasi di Asia" di Chatham House dan menghadiri taklimat mengenai reformasi polis dan sektor awam di UK.

Dalam peringkat pertama lawatan beliau ke UK pada 21-25 September, Mahathir telah menemui Sir James Dyson, seorang billionaire British dan pencipta pembersih hampagas tanpa beg, yang dilaporkan berminat untuk membuat pelaburan baharu di Malaysia.

Dyson kini mempunyai kilang pengeluaran selain Pusat Pembangunan Dyson Malaysia di Johor. - Bernama

No comments

Loading...