Header Ads

Dr Mahathir diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan


BANGKOK - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang melakukan lawatan ke Thailand, hari ini diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan di sini yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, Jeneral Prayut Chan-o-cha dan pejabat menteri Kabinet beliau.


Loading...
Ketibaan Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali disambut Prayut dan isteri, Naraporn.

Mahathir yang tiba di sini pada tengah hari kemudian memeriksa perbarisan hormat oleh anggota tentera Thailand.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjadi perdana menteri ketujuh setelah menerajui gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei.

Ketika menjadi Perdana Menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, Mahathir melakukan lima lawatan rasmi ke Thailand. - Bernama

No comments

Loading...