Dr M: Saya nak kempen Anwar bukan forum dengan Hadi
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain. - Foto Sinar Harian
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan
untuk berforum dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika
kunjungannya ke Port Dickson, esok.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menolak kemungkinan untuk
berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.
Loading...
Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson esok
hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Tak payahlah (untuk berforum dengan Abdul Hadi). Malam esok
saya pergi (Port Dickson), tapi bukan nak forum dengan dia. Saya nak pergi
kempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis
makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di
Kuala Lumpur malam ini.
Abdul Hadi hari ini menyatakan hasrat untuk mengajak Dr
Mahathir menyertai forum bersamanya ketika Perdana Menteri datang ke Port
Dickson, esok.
Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir
mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen Anwar yang akan bertanding di
kawasan itu.
Ketika ditanya sama ada beliau sudi menerima pelawaan Abdul
Hadi, Dr Mahathir berkata : “Tak payahlah. Waktu lain boleh lah.”
- Bernama
Post a Comment