Header Ads

DOJ maklum kapal Equanimity sah milik Malaysia


Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat memaklumkan mahkamah rayuan di sana mengenai pemilikan sah kapal Equanimity oleh kerajaan Malaysia.

Makluman dibuat beberapa jam selepas firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat penghakiman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, lapor Malaysiakini.


Loading...
Surat yang dilihat portal itu mengesahkan kapal mewah tersebut kini menjadi milik kerajaan Malaysia.  

“Oleh itu, kerajaan Malaysia mempunyai hak penjagaan fizikal Equanimity dan pemilikan sah di segi undang-undang ke atas Equanimity dengan pengoperasian undang-undang Malaysia,” kata surat itu.

Semalam, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Khajidah Idris memutuskan kapal itu milik kerajaan Malaysia dan 1MDB.

“Kini kapal itu boleh dijual tanpa sebarang kekangan undang-undang. Pihak defendan, walaupun tahu tentang saman ini, tidak hadir sehingga sekarang,” katanya.

Sebelum ini, DOJ memohon Mahkamah Amerika Syarikat untuk merampas Equanimity yang didakwa dibeli Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1MDB.

No comments

Loading...