Header Ads

Dapat Datuk lebih semangat tabur khidmat dan bakti, kata Rina

Datuk Seri Rina Mohd Harun - Foto TMI

PUTRAJAYA — Terpulang pada individu untuk menerima pencalonan darjah, bintang dan pingat kebesaran, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina, yang merupakan seorang daripada lima menteri Kabinet yang menerima darjah kebesaran negeri Melaka bergelar “Datuk Seri” minggu lepas berkata, penanugerahan itu akan meningkatkan semangatnya untuk terus menabur khidmat dan bakti kepada masyarakat.

Loading...

“Boleh beri pandangan dan pendapat. Agaknya kalau yang komen itu diberikan pangkat dia akan terima atau tolak?” katanya secara berseloroh kepada pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

Rina dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran “Datuk Seri”  bersempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob minggu lepas.

Gelaran Datuk Seri yang diterima oleh barisan Kabinet baharu itu dipertikai segelintir pengguna media sosial yang mempersoalkan bakti mereka yang baharu lima bulan memegang jawatan selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kelmarin menegur sikap pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat.

Empat pemimpin DAP yang menerima gelaran Datuk ialah Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fat; Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung; Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Wong Fort Pin. — Bernama

No comments

Loading...