Header Ads

DAP masih belum terima permohonan maaf penerima pingat


SEREMBAN - DAP masih belum menerima permohonan maaf dari seorang anggotanya yang menerima pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk di Melaka baru-baru ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemimpin parti negeri Melaka itu tidak perlu memulangkan pingat yang diterima sebaliknya hanya perlu meminta maaf secara terbuka dan peribadi kepada parti.


Loading...
"Seorang anggota  DAP Melaka, Wong Fort Pin sudah minta maaf secara terbuka, begitu juga dengan dua pemimpin dari Sabah.

"Tinggal anggota dari Melaka itu sahaja yang nampaknya masih keras kepala lagi," katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-18, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke Siew Fook. - Bernama

No comments

Loading...