Header Ads

Dakwa ada pihak sengaja tular perbalahan

Insiden pertengkaran antara Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan Pengkalan Batu dengan penduduk Kampung Pulau Nibong. - Foto Sinar Harian

MELAKA TENGAH - Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee yang juga Adun kawasan Pengkalan Batu menganggap visual pertengkaran mulut antara beliau dengan penduduk Kampung Bukit Nibong sengaja disebarkan pihak tertentu untuk mengambarkan keburukan dirinya.

Dakwa beliau yang hadir pada jam 8.45 pagi tadi di taman berkenaan, apa yang tersebar di laman sosial menerusi video berkenaan adalah sebahagian dari babak pertengkaran terbabit sementara selebihnya adalah fakta sebenar berhubung penutupan jalan berkenaan yang tidak disebarkan.

Loading...

"Belum selesai saya berjabat tangan dengan semua yang ada di lokasi kejadian, sekumpulan individu bertubi-tubi menyerang dan menyoal saya dengan soalan-soalan panas. Namun, ia tidak menjadi masalah pada saya untuk menjawab.

"Yang disebarkan hanyalah sisi buruk saya, sisi saya mendengar atau membantu penduduk kampung tidak pula disebarkan, tidak mengapalah. Saya terima dan akur kerana saya sedia maklum, itulah sifat sebenar manusia yang lebih terarah menggali keburukan berbanding mengangkat kebaikan," katanya.

Jelasnya, beliau tidak mampu menghalang mana-mana pihak untuk tidak menyebarkan video berkenaan yang dipercayai sudah menjadi tular.

"Saya berkhidmat untuk semua masyarakat Dun Pengkalan Batu tanpa mengira apa juga parti politik kerana pada saya ketika ini adalah masa untuk saya bekerja dan bukan untuk berpolitik.

"Apabila dituduh saya bersandiwara dan bermain politik dalam penyelesaian kemelut ini, ia amat mengecewakan saya," katanya. - Sinar Harian





No comments

Loading...