Header Ads

Daim: Ada ‘musuh dalam selimut’ bantu Jho Low lari

Foto The Star

Low Taek Jho sering lolos dari buruan pihak berkuasa kerana ada ‘musuh dalam selimut’ dalam kerajaan dan agensinya, kata Tun Daim Zainuddin.

Dikenali Jho Low, beliau berkata ahli perniagaan itu meminta imuniti dan sedia bertemu untuk membantu mencari aset berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Loading...
“Saya tidak tahu permainan apa yang sedang dia lakukan. Saya kata kenapa tidak pulang saja dan berbincang dengan saya,” katanya dalam wawancara dengan Channel NewsAsia, lapor Projek MM hari ini.

“Dia kata dia boleh bantu kita dapatkan balik aset dan beri satu atau dua nama (yang terlibat). Saya kata (suruh) mereka datang jumpa saya”.

Bagaimanapun, Daim, pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, menegaskan permintaan Low untuk mendapatkan imuniti ditolak.

“Kalau dia nak bantu, lebih baik pulang dan kita boleh bincang. Dia kata dia tidak bersalah, tapi kalau tak bersalah kenapa lari?” katanya.

Jun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoal kesetiaan sebahagian penjawat awam yang terang-terangan menyokong Barisan Nasional dan mengganggu kerajaan Pakatan Harapan.

No comments

Loading...