Header Ads

Cubaan halang jadi PM, Umno minta Anwar waspada


KUALA LUMPUR, 28 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihat “berhati-hati” kerana ada usaha dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) untuk menghalangnya menjadi perdana menteri, dakwa Umno.

Ketua penerangannya berkata kenyataan Datuk A. Kadir Jasin, ahli majlis tertinggi parti itu semalam mengesahkan rancangan tersebut, lapor Sinar Harian.


Loading...
“Kenyataan Kadir menggambarkan ada perancangan pimpinan Bersatu mahu menyekat kemaraan Anwar mengambil alih jawatan perdana menteri. Jadi Anwar harus berhati-hati dalam perkara ini,” kata Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

“Hal ini juga jelas menunjukkan sudah timbul persaingan dan perlumbaan membina pengaruh antara PPBM dan PKR termasuk parti lain dalam Pakatan Harapan (PH) sejak kehadiran Anwar.”

Wakil rakyat Lenggong berkata demikian mengulas kenyataan Kadir yang mendakwa seramai 40 anggota Parlimen Umno akan melompat parti, menyertai PPBM, semalam.

Menyifatkannya sebagai agenda “memecah belahkan” parti Melayu itu, Shamsul yakin ahli Umno tetap setia, malah tidak akan terpengaruh.

Kadir semalam mendakwa 40 orang itu sudah beberapa kali berjumpa pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Projek MM

No comments

Loading...