Header Ads

Cadangan Pak Nil diberi respon baik oleh MAS


Malaysia Airlines (MAS) memberi respons positif terhadap cadangan pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi untuk memberi kemudahan kepada warga emas sewaktu beratur bagi mendaftar masuk bagasi di kaunter di lapangan terbang.

Menerusi respons tersebut, syarikat penerbangan nasional itu menyambut baik cadangan Aznil dan berusaha untuk mempertingkatkan mutu layanan mereka terhadap pelanggan, lapor Kosmo Online.

Loading...

“Kami sangat kesal dengan pengalaman kurang enak anda.

“Sehubungan dengan itu, kami akan cuba menyampaikan cadangan anda kepada pihak yang berkenaan bagi menaik taraf servis kami pada masa akan datang,” ujar respons berkenaan.


Baru-baru ini, menerusi kemas kini di Instagram, Aznil melahirkan rasa kesal kerana beliau tidak dapat membantu seorang warga emas yang perlu berdiri dalam barisan yang panjang bagi mendaftar masuk bagasinya di kaunter ekonomi.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Aznil yang berada di kaunter daftar masuk perniagaan dan kelas pertama cuba untuk meminta kebenaran pihak MAS bagi memberi laluan ekspres kepada warga emas berkenaan.

Namun, mungkin disebabkan peraturan, Aznil berkata, permintaan beliau tidak diizinkan.

Justeru, Aznil mengesyorkan MAS supaya membuka sebuah laluan khas di kaunter pendaftaran masuk untuk warga emas, wanita mengandung dan golongan kelainan upaya.

Sementara itu, Aznil membalas respons MAS dengan ucapan terima kasih dan memuji syarikat penerbangan tersebut kerana sudi menerima teguran dan sentiasa positif.

No comments

Loading...