Header Ads

Budak lima tahun dilanggar van sekolah meninggal dunia di hospital


JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang digilis van sekolah yang dinaikinya, meninggal dunia selepas mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah di sini semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Polis Mohd. Taib Ahmad berkata, dalam kemalangan kira-kira 12 tengah hari itu, Janiss Yeoh Zi Xuan diturunkan pemandu van yang dinaiki di Taman Tun Aminah dekat sini untuk ke rumah neneknya semalam.


Loading...

"Kemalangan berlaku apabila van yang dipandu seorang wanita melanggar kanak-kanak perempuan yang sedang melintas di hadapan van berkenaan selepas turun dari van tersebut untuk ke rumah neneknya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.



Menurut beliau, pemandu van yang berusia 48 tahun telah membawa mangsa ke klinik berhampiran dan seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini kerana kecederaan parah.

"Selepas lebih kurang satu jam mendapat rawatan di HSA, mangsa disahkan meninggal dunia.

Semasa kejadian, van turut membawa lima penumpang kanak-kanak, bagaimanapun, kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Mohd Taib. - Bernama

No comments

Loading...