Header Ads

BERSATU Perak tak mungkin dibubar - MB


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri Perak berada dalam keadaan stabil sehingga tidak memungkinkan ia menerima nasib sama seperti yang berlaku di Negeri Sembilan.

Pengerusinya yang juga Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata Bersatu di Perak dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menunjangi pentadbiran kerajaan negeri mempunyai hubungan baik serta tiada sebarang masalah.


Loading...

"Semalam biro politik bermesyuarat dan kita dapati masalah kita adalah masalah rakyat. Apa masalah rakyat itulah masalah kita.



"Kita tidak nampak perkara ini (pembubaran) akan berlaku. Bersatu Perak tiada masalah, kita mengamalkan politik kasih sayang," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Norway ke Malaysia Gunn Jorid Roset di pejabatnya di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak Datuk Saarani Mohamad semalam yang berkata pihaknya menjangkakan BERSATU negeri itu bakal mengalami nasib serupa dengan BERSATU Negeri Sembilan yang dibubar minggu lalu.

Saarani antara lain mendakwa BERSATU di Perak tidak dihormati parti komponen HARAPAN kerana ia hanya memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menerusi Ahmad Faizal.

Ahmad Faizal mengulangi kenyataan bahawa pihaknya kini mahu memberi fokus kepada pembangunan negeri.

- Bernama

No comments

Loading...