Header Ads

Beri Tiga Bulan ‘Tax Holiday’ Negara Hilang RM11 Bilion.. Itu Tindakan Bodoh Kerajaan PH – Ahmad

Datuk Ahmad Maslan - Foto NST

Kekurangan peruntukan RM133 juta oleh Wisma Putra berpunca daripada kelepasan cukai tiga bulan yang diberikan kerajaan sebelum memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata negara hilang berbilion ringgit dalam tempoh tersebut, lapor Umno Online.

“Kalau pun mereka mahu melaksanakan SST pada 1 September yang lalu, mengapa mereka membatalkan kutipan GST pada 1 Jun? Apakah bodohnya tindakan itu? Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos negara tidak ada pendapatan apabila tidak ada cukai yang dikutip.

Loading...

“Sebulan kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, jumlahnya mencecah sebanyak RM11 bilion! Itu sebablah kementerian luar tidak ada duit. Ini juga merupakan punca pembatalan projek-projek yang lain.

“Kemudian beritahu rakyat, pembatalan projek, potongan bajet itu adalah disebabkan hutang. Apa ke bendanya alasan itu? Tidak ada kena mengena pembatalan projek itu dengan hutang negara. Ini adalah salah mereka sendiri kerana menghentikan kutipan GST selama tiga bulan sebelum digantikan dengan cukai SST,” tegasnya.

Beliau berkata demikian panel dalam program diskusi dari parlimen yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Umno-Online.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abddullah dilapor memohon Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberikan peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.

Saifuddin dipetik sebagai berkata kepada Dewan Rakyat semalam bahawa Wisma Putra kekurangan RM133 juta dan beliau telah meminta dana daripada Lim sebelum ini.
Kekurangan peruntukan RM133 juta oleh Wisma Putra berpunca daripada kelepasan cukai tiga bulan yang diberikan kerajaan sebelum memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), kata Umno.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Maslan berkata negara hilang berbilion ringgit dalam tempoh tersebut, lapor Umno Online.

“Kalau pun mereka mahu melaksanakan SST pada 1 September yang lalu, mengapa mereka membatalkan kutipan GST pada 1 Jun? Apakah bodohnya tindakan itu? Sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos negara tidak ada pendapatan apabila tidak ada cukai yang dikutip.

“Sebulan kutipan GST mencecah RM3.44 bilion jika didarab dengan tiga bulan, jumlahnya mencecah sebanyak RM11 bilion! Itu sebablah kementerian luar tidak ada duit. Ini juga merupakan punca pembatalan projek-projek yang lain.

“Kemudian beritahu rakyat, pembatalan projek, potongan bajet itu adalah disebabkan hutang. Apa ke bendanya alasan itu? Tidak ada kena mengena pembatalan projek itu dengan hutang negara. Ini adalah salah mereka sendiri kerana menghentikan kutipan GST selama tiga bulan sebelum digantikan dengan cukai SST,” tegasnya.

Beliau berkata demikian panel dalam program diskusi dari parlimen yang disiarkan secara langsung melalui Facebook Umno-Online.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abddullah dilapor memohon Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberikan peruntukan mencukupi untuk menampung kos operasi pegawai dan duta Malaysia di luar negara.

Saifuddin dipetik sebagai berkata kepada Dewan Rakyat semalam bahawa Wisma Putra kekurangan RM133 juta dan beliau telah meminta dana daripada Lim sebelum ini. - Malaysiakini

No comments

Loading...