Header Ads

Belanjawan pertama PH pastikan kemakmuran rakyat


KUALA LUMPUR - Belanjawan pertama Pakatan Harapan yang akan dibentang pada Jumaat ini akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh dan memastikan kemakmuran rakyat dan generasi akan datang, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Loading...
"Kita  sekarang sedang dalam penyusunan semula, ia merupakan  sesuatu yang perlu dilakukan untuk menyediakan keupayaan kita  untuk menyerap kejutan global atau sebarang pergolakan kewangan di hadapan," katanya dalam ucaptama pada persidangan tahunan Persekutuan Analisis Teknikal Antarabangsa 2018 di sini hari ini.

Perdana menteri memberi jaminan bahawa ekonomi Malaysia mampu menyerap kejutan global dan menembusi cabaran global dan ketidakpastian melalui dasar-dasar yang akan sentiasa menjadi mesra perniagaan dan responsif terhadap idea dan cadangan baharu.

Beliau menegaskan bahawa, kerajaan tetap yakin bahawa dasar-dasar baru akan mewujudkan asas yang lebih kukuh, keseimbangan antara perbelanjaan berhemat dan memastikan sektor swasta diberi rangsangan yang kuat.

"Saya juga ingin memberi jaminan kepada para pelabur bahawa sebarang perubahan dasar tidak akan memudaratkan perniagaan dan usaha mereka," katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin. - Bernama

No comments

Loading...