Header Ads

Batal kontrak RM7 juta untuk ganti tingkap Kementerian Kewangan kalis peluru zaman Najib

Lim Guan Eng

Kerajaan baru Pakatan Harapan membatalkan projek menukar tingkap kaca kalis peluru di tiga tingkat paling atas Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata keputusan dibuat kerana projek bernilai RM7 juta itu membazir wang negara dan berlebihan, lapor Malaysiakini.

"Ada cara lebih mudah untuk bunuh saya, berbanding sniper (penembak hendap),"

Loading...


Menyifatkannya sebagai satu pembaziran, beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata projek itu sebagai satu lagi contoh sikap pentadbiran BN yang berlebih-lebihan.

"RM7 juta untuk kaca kalis peluru, beginilah cara mereka membazirkan wang," katanya lagi.



Ketika pentadbiran lalu, tingkat 10 bangunan itu menempatkan pejabat timbalan ketua setiausaha perbendaharaan, tingkat 11 untuk pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri kewangan, manakala tingkat 12 untuk bilik mesyuarat.

Pada masa itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri kewangan dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai menteri kewangan kedua.

Tingkat 11 pula menempatkan pegawai-pegawai menteri kewangan dan timbalan menteri, manakala 12 untuk bilik mesyuarat.

Laporan portal itu tidak menyebut berapa keping tingkap yang mahu ditukar dengan kaca kalis peluru.

No comments

Loading...