Header Ads

Bapa tiga anak dipenjara 50 tahun, lakukan amang seksual

Foto Bernama

MELAKA - Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabkan kedua-dua mangsa melihat video lucah.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Md Zhafran Bakar, 31, seorang peniaga buah selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Loading...

Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dan penjara lima tahun bagi setiap dua pertuduhan menyebabkan dua remaja itu melihat video lucah.

Mahkamah memerintah kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap 21 Oktober lepas dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun dan empat sebatan.

Tertuduh menghadapi empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun di sebuah hotel di Batu Berendam di sini, antara 1.05 pagi dan 4.30 pagi, 21 Oktober lepas. - Bernama

No comments

Loading...