Header Ads

Azmin menang besar di Cabang Ampang, kembali mendahului


AMPANG - Penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencatat kemenangan besar apabila berjaya menguasai PKR Cabang Ampang dengan mengalahkan Rafizi Ramli setelah memperoleh 1,151 undi.

Rafizi pula sekadar meraih 178 undi.

Loading...

Bagi jawatan Naib Presiden pula, kesemua regu Mohamed Azmin menguasai kedudukan pertama hingga ketiga dengan Zuraida Kamaruddin memperoleh 1,264 undi, Chua Tian Chang (868 undi) dan Dr Xavier Jayakumar (332 undi).


Manakala Nurul Izzah Anwar berjaya mendapat 417 undi.

Sementara itu, keputusan bagi jawatan Ketua Cabang pula Zuraida Kamaruddin menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan pula dimenangi oleh Hamsah Djabir. - Sinar Harian

No comments

Loading...