Header Ads

Asyraf Wajdi: Pemuda Umno putuskan Zahid cuti, tidak perlu layan Lokman


Datuk Asyraf Wajdi Dusuki tidak melayan tuntutan Datuk Lokman Noor Adam yang mendesak beliau meletak jawatan dalam isu berkaitan kedudukan presiden Umno.

Sebaliknya, ketua Pemuda Umno menegaskan keputusan supaya Datuk Seri Zahid Hamidi bercuti dibuat sebulat suara pergerakan itu semalam , lapor Malaysiakini.


Loading...
“Keputusan yang dibuat semalam bukan datang daripada saya seorang sebaliknya sebulat suara dalam mesyuarat semalam dan saya tetap dengan pendirian itu,” katanya.

Lokman, bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas, mengkritik Asyraf dengan menyifatkannya sebagai ketua Pemuda yang gagal berikutan gesaannya supaya Zahid bercuti.

Mengulas dakwaan Lokman terhadap beliau, Asyraf berkata: “Tanya dia balik, dia pemuda (Umno) ke? Tak apalah, tak perlu layan sangatlah dia tu.”

Minggu lalu, Zahid mengaku tidak bersalah atas 45 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah wang milik Yayasan Akal Budi dan rasuah berjumlah RM114 juta.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Umno, mana-mana pemimpin tertinggi parti bercuti jika mereka berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

No comments

Loading...