Header Ads

Anwar tidak tetapkan sebarang tempoh ambil alih kuasa PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penegasannya untuk tidak memaksa Dr Mahathir Mohamad menyerahkan kuasa kepadanya dalam tempoh terdekat. ― Foto oleh Azneal Ishak/Projek MM

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menetapkan sebarang tempoh peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepadanya.

Selaku ahli parlimen Port Dickson, Anwar mengulangi penegasannya untuk tidak memaksa Dr Mahathir berbuat demikian dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian.

Loading...

“Biar beliau (Dr Mahathir) tahu dan saya jelaskan semula, rancangan itu (peralihan kuasa) tidak akan diganggu oleh tempoh masa atau tekanan,” katanya.

Sebelum mengangkat sumpah hari ini, ketua umum PKR berkata beliau mahu memastikan kestabilan kerajaan pimpinan Dr Mahathir.

Beliau yang menang besar dalam pilihan raya kecil parlimen itu Sabtu lalu juga tidak menyertai jemaah menteri dalam tempoh terdekat.

“Saya gembira dengan kedudukan ini (sebagai ahli parlimen). Saya juga lebih selesa menjadi penyokong kepada kerajaan, bukan ketua whip,” katanya.

“Saya akan beri sokongan penuh dan memberi sumbangan menerusi parlimen dan reformasi parlimen.”

No comments

Loading...