Header Ads

Anwar sangkal 'konspirasi' 1998 berulang sekali lagi


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepis andaian kononnya konspirasi 1998 yang menyekat langkahnya sebagai Perdana Menteri berulang sekali lagi.

Beliau menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa  kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin adalah bertujuan memberi isyarat kepadanya agar berwaspada dengan kemungkinan sejarah akan berulang, lapor Sinar Harian hari ini.


Loading...
Anwar sebaliknya yakin dan percaya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mengingkari perjanjian persefahaman antara mereka untuk bertukar posisi dalam tempoh dua tahun akan datang ini.

"Saya berterima kasih kepada Annuar prihatin tentang perjalanan saya (sebagai bakal Perdana Menteri) tapi saya tidak fikir ini semua akan berlaku.

"Pada saya ini semua bacaan dan tafsiran media yang percaya ada 'trick' besar bakal berlaku.

"Konspirsi 1998 berulang, itu tafsiran media lah saya tidak ada sebab untuk curigai perjanjian persefahaman di antara kita," katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Annuar berkongsi komen balas beliau di laman Twitter peribadinya susulan kenyataan A Kadir terdapat kemungkinan 40 lagi Ahli Parlimen Umno akan keluar parti kerana menyatakan hasrat untuk menyertai Bersatu selepas ini.

Kenyataan terbaru sahabat saya DAKJ (A Kadir) adalah bertujuan memberi isyarat kepada DSAI (Anwar) bahawa dengan ini, anggap lah Game Over for Anwar,” kongsinya, semalam.

No comments

Loading...