Header Ads

Anak Najib dakwa nak buka akaun bank pun susah


Nooryana Najwa Najib mendakwa bank-bank menolak permohonan mereka untuk membuka akaun bagi menerima derma orang ramai yang mahu membantu ibu dan bapanya membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah.
Kata anak perempuan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor itu berkata bank-bank terbabit mendakwa mereka tidak dapat melayan permohonan tersebut kerana bimbang dilihat cuba membantu pasangan terbabit yang kini berdepan dengan pelbagai dakwaan di mahkamah.

Loading...
"Bulan lalu sememangnya mencabar untuk ibu bapa saya.
"Selain fi untuk para peguam, ikat jamin yang dikenakan ke atas ibu dan bapa saya kini mencecah RM6.5 juta.

"Kami mengumpulkan sokongan daripada bantuan saudara-mara, tabung yang mengumpul dana sebelum ini untuk ayah saya, dan simpanan ibu bapa saya.
"Bapa saya malah dipaksa mengambil wang dari akaun simpanannya," luah Nooryana Najwa melalui akaun Instagramnya.
Najib kini berdepan dengan 32 tuduhan jenayah berkaitan 1MDB, serta bekas anak syarikat firma pelaburan milik kerajaan itu, SRC International Sdn Bhd.
Isterinya pula - yang juga ibu kepada Nooryana Najwa - pada Khamis lalu dihadapkan dengan 17 tuduhan berkaitan pengubahan wang haram.
Kedua-dua mereka kini dibebaskan dengan ikat jamin yang berjumlah jutaan ringgit.
Kata Nooryana Najwa, adiknya Noorashman, sudah melakukan cubaan membuka akaun bank bagi memulakan kutipan dana baru daripada orang ramai.
"Bagaimanapun dia tidak berjaya kerana pegawai bank tersebut memberitahunya secara sulit, pengurusan kanan bank berkenaan takut dilihat cuba membantu saya, dan banyak permohonannya untuk membuat akaun bank ditolak," kata Nooryana Najwa lagi.
Justeru dia yang kini melanjutkan pengajian di Boston, AS, menyeru pihak bank di Malaysia supaya melawan ketakutan itu, dan membantu keluarganya "demi keadilan". - Malaysiakini

No comments

Loading...