Header Ads

Ahmad Zahid yakin tidak akan didakwa jika rela lompat parti


KUALA LUMPUR: tuduhan jenayah, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana Pakatan Harapan (PH) masih belum selesai dalam urusan ‘pemburuan’ mereka.

Justeru kata beliau, pemimpin BN perlu bersatu dan pada masa sama, tegas dalam menghadapi pasang surut politik yang dihadapi parti itu, lapor Berita Harian.


Loading...
“Saya yakin pemimpin MIC juga akan disiasat dan pemimpin MCA turut tidak terkecuali seperti mana masalah yang saya hadapi hari ini,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-72 MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih ramai ahli politik mahu pun penjawat awam akan disiasat dan didakwa kerana rasuah.

Bekas Timbalan Perdana Menteri yang menghadapi 45 tuduhan jenayah itu berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri.

Pendirian Ahmad Zahid itu jelas menutup mulut pengkritiknya termasuk daripada kalangan ahli UMNO sendiri yang sebelum ini meminta beliau bercuti sementara kes selesai.

“Ia akan mengambil masa antara dua hingga tiga tahun untuk kes itu dibicarakan sepenuhnya, sama seperti tempoh saya sebagai Presiden parti.

“Jadi, mustahil saya akan bercuti dan akan terus berdiri teguh. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan demi tuhan dan dari sisi agama, “ katanya.

Ahmad Zahid menghadapi 45 pertuduhan berkaitan dengan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sebelum ini pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998 dan 10 tahun kemudian, didakwa di bawah AMLA oleh orang yang sama.

“Tidak mengapa saya menjadi mangsa, kerana saya mempunyai tuhan sebagai penunjuk.

“Apapun, saya yakin, jika saya melompat ke parti di mana kerusinya adalah sedikit, saya pasti tidak akan menghadapi semua tuduhan ini,” katanya kepada kira-kira 3,000 ahli MIC yang hadir pada mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau dipanggil oleh Dr Mahathir untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Ahmad Zahid berkata, beliau perlu berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya ada bertemu beliau (Dr Mahathir) bersama dengan Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden, dan mesej beliau sangat jelas iaitu kami mesti melompat parti dan menyertai BERSATU.

“Seolah-olah kami perlu membubarkan UMNO, itu sangat jelas dan terang,” katanya.

No comments

Loading...