Header Ads

Ahmad Zahid serah diri tepat jam 3 petang

Ahmad Zahid tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebentar tadi. - Foto Kosmo!

PUTRAJAYA - Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerima notis untuk serah diri semalam tiba di pejabat Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 3 petang, hari ini.

Beliau yang berbaju batik tiba menaiki kenderaan SUV Lexus putih kelihatan ceria dan sempat melambai ke arah kumpulan media yang menunggu di lobi pejabat suruhanjaya itu.


Loading...
Semalam Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam semalam memaklumkan SPRM menyerahkan notis serah diri supaya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu hadir jam 3 petang.

Beliau dikatakan didakwa esok pagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

SPRM akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penahanan itu sebantar lagi.

Ahmad Zahid sebelum ini telah lima kali hadir memberi keterangan berhubung salah guna dana milik Yayasan Akal Budi.

Pada masa yang sama kira-kira 30 penyokongnya sudah berada di luar pagar memberikan sokongan.

Difahamkan pada sebelah malam bermula jam 9 malam nanti lebih banyak penyokongnya akan hadir sebagai lambang solidariti. - Sinar Harian

No comments

Loading...