Header Ads

Ahmad Zahid sahkan dipanggil SPRM, minta tidak adakan perhimpunan

Ahmad Zahid Hamidi

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta supaya tiada sebarang perhimpunan diadakan pada Rabu ini di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, kehadiran beliau ke SPRM hanya untuk memberi keterangan.

"Atas permintaan peribadi, saya meminta agar tiada sebarang perhimpunan diadakan pada hari Rabu pagi nanti di hadapan ibu pejabat SPRM.

Loading...

"Kerjasama akan saya berikan sepenuhnya kepada pihak SPRM," katanya menerusi ciapan di Twitter, lapor Sinar Harian hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Luqman Noor Adam meminta ahli dan pemimpin parti itu hadir ke ibu pejabat SPRM bagi memberi sokongan kepada Ahmad Zahid.

Sebelum ini juga, Ahmad Zahid dipanggil memberi keterangan berhubung penyelewengan dana 1MDB dan sebuah yayasan miliknya.

Sumber yang boleh dipercayai memberitahu Sinar Harian, siasatan dijalankan SPRM sejak awal tahun ini mendapati seorang pemimpin didakwa menyalahgunakan wang sebuah yayasan berkenaan, di mana  beliau menjadi pengerusi.

Beliau disyaki menggunakan lebih RM800,000 dana yayasan tersebut untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

SPRM mengambil keterangan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu selama dua hari bermula 2 Julai.

No comments

Loading...