Header Ads

Ahmad Zahid hadir beri keterangan kali keempat di SPRM

AHMAD Zahid tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. - Foto NSTP/Abd Rahim Rahmat

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada jam 9.16 pagi bagi memberi keterangan berhubung penyelewengan dana sebuah yayasan.


Loading...
Beliau menaiki sebuah model kenderaan utiliti sukan (SUV) putih.

Anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid pula tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira jam 9.20 pagi dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, lapor BH Online lagi.

Kedua-duanya dipanggil semula ke SPRM hari ini bagi dirakam percakapan berhubung siasatan penyelewengan dana sebuah yayasan.

Semalam, kedua-duanya turut dipanggil ke SPRM untuk tujuan sama.

No comments

Loading...