Header Ads

Ahmad Zahid didakwa terima rasuah RM21.25 juta untuk MyEG, cip pasport


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima rasuah RM21.25 juta bagi beberapa projek untuk syarikat semasa menjadi menteri dalam negeri.

Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh menerima rasuah itu bagi projek-projek MyEG Services Berhad, cip pasport dan perkhidmatan pekerja asing bawah Kementerian Dalam Negeri, lapor Projek MM.

Loading...

Kini ketua pembangkang, beliau dituduh di mahkamah hari ini dengan lapan kesalahan rasuah antara Julai 2016 dan Mac tahun ini. Semuanya beliau berdepan 45 pertuduhan.

Daripada tiga pertuduhan tersebut, Zahid didakwa menerima RM13.25 juta daripada syarikat Mastoro Kenny IT Consultant & Services untuk projek MyEG melalui 24 keping cek.

Beliau juga didakwa menerima RM6 juta daripada Chew Ben Ben, pengarah Data Sonic Group Berhad, melalui dua cek untuk pembelia cip bagi Jabatan Imigresen.

Zahid turut dituduh menerima RM2 juta daripada pengarah Profound Radiance, Azlan Shah Jaffril, melalui tiga keping cek bagi projek pekerja asing di Pakistan dan Nepal.

No comments

Loading...