Header Ads

Ahmad Zahid, abang tirinya dan Nurulhidayah dipanggil beri keterangan

NURULHIDAYAH tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berkaitan penyelewengan dana Yayasan Akal Budi. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan penyelewengan sebuah yayasan, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri tiba kira-kira jam 9.20 pagi untuk diambil keterangan oleh SPRM selepas diarahkan hadir oleh badan pencegah rasuah itu minggu lalu.

Loading...


Turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan sama ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan abang tirinya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.



Terdahulu, Ahmad Zahid yang menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Lexus berwarna putih tiba dengan diiringi beberapa individu dan disambut beberapa pegawai SPRM.

Ahmad Zahid, yang memakai baju batik berwarna hijau berseluar gelap kelihatan ceria ketika tiba di perkarangan bangunan berkenaan.

Seawal jam 8 pagi tadi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes membabitkan Ahmad Zahid.

Ini kali ketiga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diarahkan hadir ke ibu pejabat SPRM untuk dirakam keterangan dengan kali pertama dan kedua beliau hadir adalah pada 2 dan 3 Julai lalu. - BH Online

No comments

Loading...