Header Ads

15 pegawai belia dan sukan ditahan SPRM Johor


JOHOR BAHRU - Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini, tengah hari tadi untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.

Menurut sumber, susulan tangkapan yang telah dibuat pada 1 Oktober lepas, hasil siasatan mendapati kesemua suspek terbabit telah bersubahat dengan kontraktor-kontraktor dengan membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Liga Sukan.

Loading...

Ia melibatkan penganjuran liga sukan di lapan daerah iaitu di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi tahun 2015 yang didapati tidak dilaksanakan.

"Jumlah keseluruhan tuntutan palsu yang telah dituntut adalah melebihi RM90,000," kata sumber.

Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita, berusia lingkungan umur 30-an hingga 50-an dan bertugas sebagai pegawai belia dan sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah di negeri Johor. - Bernama

No comments

Loading...