Header Ads

10,000 tempahan diterima bagi SUV Proton X70


KUALA LUMPUR - Kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 baharu, setakat ini menerima 10,000 tempahan sejak tempahan prapelancaran dibuka pada 8 September lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Proton Holdings Bhd berkata, daripada jumlah itu, hampir 2,000 tempahan dibuat menerusi dalam talian, sekali gus mengesahkan keputusan yang dibuat syarikat untuk membangunkan dan melancarkan platform tersebut adalah tepat.


Loading...
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Li Chunrong, pihaknya berusaha memastikan Proton X70 memenuhi jangkaan pembeli, dan pada masa sama membuat pelaburan besar bagi outlet dan pengedaran, selain mempunyai sumber jualan dan selepas jualan yang diperlukan bagi menyokong produk penting itu.

Ia merupakan SUV pertama Proton, serta yang pertama dibangunkan secara bersama oleh Proton dan Geely.

Proton X70, yang dikuasakan oleh enjin 1.8 liter Turbo Gasoline Direct Injection (TGDI), turut menawarkan aspek keselamatan canggih, termasuk sistem brek kecemasan autonomi, amaran pelanggaran hadapan, sistem maklumat titik buta, amaran terkeluar laluan serta kawalan suluh tinggi pintar.

Sementara itu, Proton dalam kenyataan berkata, ia telah mencapai lebihan sasaran kelulusan permohonan outlet 3S/4S pada 109 outlet, dan permohonan untuk membuka outlet 3S/4S masih diterima pihaknya. - Bernama

No comments

Loading...