Header Ads

Zahid tiada masalah Nazri mahu kempen untuk Anwar,


KUALA NERUS ― Umno tidak akan mengambil tindakan kepada pemimpinnya yang berkempen untuk calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apa perlunya [tindakan]? Saya tidak nampak ada permasalahan. Saya sering meraikan perbezaan pendapat,” kata presiden Umno selepas menghadiri perasmian muktamar PAS seperti dilapor Sinar Harian.

Datuk Seri Zahid Hamidi mengulas kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz yang dilaporkan akan berkempen untuk ketua umum PKR di Port Dickson.

Loading...


Kerusi PKR itu dikosongkan Rabu lalu bagi memberi laluan Anwar menang dalam pilihan raya kecil itu dan menyertai Parlimen.

Dalam kenyataannya, bekas menteri pelancongan itu menyarankan Umno tida mencabar Anwar agar tidak menjejaskan peluang kerjasama dengan PKR.

Kerjasama yang diharapkan Umno dengan parti-parti lain di luar Barisan Nasional dilaporkan untuk menyertai semula kerajaan persekutuan.

Namun, Zahid menganggap kenyataan Nazri itu “pandangan peribadi” yang tidak mewakili pendirian rasmi Umno atau Barisan Nasional.

“Beliau mewakili dirinya sendiri sebagai ahli parlimen dan ketua bahagian Umno. Jadi saya hormati kenyataan peribadinya,” katanya dalam sidang media yang sama.

Dalam persefahamannya dengan Umno, PAS memberi laluan kepada parti itu untuk bertanding di situ, yang sebelum ini dianggap kerusi tradisi MIC.

MIC pula dilaporkan tidak berminat bertanding setelah dilaporkan Umno ingin meletakkan calonnya di kerusi itu.

No comments

Loading...